Cukup nak
watan,
Aku tak
sanggup melihat keretakan ini,
Hilang semua
yang dimiliki,
Entah dimana
ia pergi,
Angkara
jajahan minda,
Budaya bangsa condong ke barat.
Imbaslah
kembali nak watan,
Sebelum
kemerdekaan dicapai,
Berpusu-pusu
rakyat yang berjuang,
Demi
menegakkan budaya bangsa,
Demi
melahirkan kemerdekaan negara.
Mengapa kini
tiada berjuang,
Demi
mempertahankan negara tercinta,
Agar warisan
tidak tercalar,
Pertahan
sarang dari serangan.
Kian
melonjak wawasan negara,
Nak watan
kini kian mengalpa,
amalan
negara tidak diendah,
Kerana aman
tiada peperangan,
Kerana
perang sudah tiada,
Kerana
perwira membawa kemerdekaaan.
Sedar atau
tidak,
Setiap waktu
telah dibuang,
Masa
sengkang (waktu terluang) tiada guna,
Angkara
budaya condong ke barat,
Hilang semua
identity perwira.
Bangunlah
anak bumi Malaysia,
Kita
kukuhkan teguh panji bangsa,
Kita semai
sikap perpaduan,
Agar negara
sentiasa merdeka,
Aman, makmur
sejahtera.
NUKILAN : Zaman_94
CUKUP WAHAI
PUJAAN WANITA
Cukup wahai pujaan wanita,
Cukup dengan keangkuhanmu,
Jangan kamu nak berbicara,
Akan silap manusia yang dibenci.
Cukup sekadar kepalsuan hidupmu,
Jangan bertopeng syaitan,
Konon baik di hadapan manusia,
Namun buruk mencaci masyarakat.
Cukup sekadar bisikan syaitanmu,
Menjahanamkan insan teraniaya,
Yang tak tegah melihatmu hancur,
Tidak buat kamu dicaci,
Tidak hancurkan hidupmu di arena.
Harus sedar akan kelemahanmu,
Jangan anggap sebagai harimau,
Yang kuat si raja rimba,
Patut ingat dirimu semut,
Yang sedar hidupmu lemah,
Namun punya kuasa hebat.
Cukup wahai pujaan wanita,
Cukup dengan keayuan tipuanmu,
Kerna waktu terus berputar,
Pasti hidup bakal merana,
Seperti manusia yang engkau bencikan.
NUKILAN : Zaman_94
AKU SEDAR
Hari ini,
Pelbagai
ragam telah difilem,
Walau hanya
menggunakan mata,
Pelbagai
coretan hidup telah menemani,
Walau
sedetik waktu menjadi sandaran.
Semalam,
Dugaan
mendatang tanpa diundang,
Melangkah ke
satu tempat ke satu tempat,
Tidak jemu bersamaku,
Masa dinanti
temui jawapan.
Aku sedar
semua ini,
Walau hanya
sekelip mata,
Waktu
berputar tinggalkan kita.
Aku sedar
semua ini,
Adakala di
atas,
Adakala di
bawah,
Menanti
nasib entah bentuknya.
Usia remaja
bakal ku tinggalkan,
Mencari
teman baru,
Kongsikan
pengalaman dunia,
Tika ku
besar ceburi nasib di luar sana.
Walau
apapun,
Cuma menanti
nasib menemani waktu,
Yang bakal
ku tempuhi,
Untuk
meneruskan hidup.
NUKILAN : Zaman _94
KEDINGINAN MALAM
Sayu dan
sepi,
Tanpa
kicauan burung,
Keriuhan
kanak-kanak bermain,
Kebingitan
bunyian kenderaan di jalanan,
Mahupun
sinaran mentari menerangi alam.
Gelap dan
gelita,
Menemaniku
tanpa keinginan,
Sambil
diterangi kerlipan bintang di angkasa,
Serta
pantulan cahaya bulan ,
Membantu
manusia melihat sekeliling alam.
Pernah
sekali,
Aku cuba
berfikir,
Mengapa
malam pasti mendatang,
Siang
menjauh tinggalkan alam?
Mana
matahari yang sering menemani
Menyinar
angkasa di seantero dunia?
Beberapa
ketika mahupun detik,
Akal
bergerak pantas,
Mencari
jawapan pebagai soalan.
Malam,
Tanpanya
pasti akan lemah manusia,
Tiada waktu
untuk berehat,
Tiada waktu
untuk beribadat,
Tiada waktu
untuk berkongsi suka dan duka.
Namun,
Ada juga
mkhluk yang bakal bergerak aktif,
Mencari
mangsa di setiap tempat,
Untuk
meneruskan kehidupan,
Yang penuh
onak dan liku kehidupan yang berduri.
Tanpa malam,
Hidup
sentiasa berada dalam kepompong kebingungan,
Tiada aturan
hidup yang seragam,
Kerna malam
membersihkan setiap kepahitan kehidupan,
Mimpi
mendatang sedia bertempur,
Menanti esok
tiba,
Dugaan
menjelma mampu atasi,
Nukilan : Zaman_94
KEHIDUPAN
Tangisan
tidak berguna lagi,
Pengorbanan
bakal menjadi sia-sia.
Waktu terus
berputar,
Meninggalkan
setiap detik kehidupan,
Sama ada,
Manis atau
pahit,
Suka atau
duka,
Gembira atau
sedih,
Riang atau
pilu.
Sejak dahulu
lagi,
Usaha
tonggak ke arah kejayaan,
Keletihan
pemangkin ke arah kecemerlangan.
Tanpa
mengira miskin atau kaya,
Tanpa
memandang warna kulit hitam atau putih,
Tanpa
melihat bangsa yang wujud pelbagai.
Pengalaman
mematangkan fikiran,
Menjadi
perwira di masa hadapan.
Sedar atau
tidak,
Hanya
tawakal dan doa,
Serta usaha
pencetus kecemerlangan.
Walau
dibadai ombak tsunami,
Ilmu di dada
takkan hilang,
Hingga jasad
terbaring di tanah,
Walau waktu
silih berganti.
NUKILAN : Zaman_94
KEHANCURAN TAMADUN
Mengapa dunia
ini semakin hancur?
Mengapa nafsu
semakin menguasai diri?
Mengapa ihsan
manusia semakin pudar?
Mengapa watan
semakin dijajah barat?
Aku sering
melihat kemusnahan tamadun ,
Keluargaku
sering melihat kehancuran alam,
Dunia sering
melihat pengorbanan nyawa,
Mengapa dan
mengapa dan mengapa?
Siapa yang
menjadi dalang dan
Siapa yang
akan mengikutnya?
Ketika
kanak-kanak sedang menikmati
Kecerian
hidup,
“Boom! Boom!
Boom!”
Bunyian bom
menghantui hidupnya,
Kehilangan
keluarga menusuk di kalbunya ,
Teriakan
manusia yang tidak berdosa
Membingit di
telinga kanan dan kirinya,
“Ya allah,
tolong kami ya Allah”
Apa guna
berlari-lari
Menyelamatkan
diri
Kalau hanya
sekejap sahaja,
Bagai kijang
dikejar harimau
akhirnya
menjadi santapan malam.
Siang diburu
manusia yang dahagakan darah,
Malam diburu
ketakutan ,
Bom ditabur
merata tempat,
Bila lagi
waktu yang aman?
Dimana lagi
tempat yang selamat?
Tidak pernah
sekalipun
Manusia
melihat daun yang melambai,
Atau suara
angin yang sangat merdu.
Mengapa dan
mengapa dan mengapa?
Kerana
ketamakan manusia yang haloba,
Sanggup
melihat makhluk sejenis sengsara,
Ingin kuasa
dan harta dunia,
Hilang
sejarah hilang ketamadunan.
Zaman yang
semakin bertukar musim,
Hanya mampu
melihat kesengsaraan manusia,
Bila lagi
keamanan dan keharmonian,
Mencorak
hidup manusia ,
Yang
mecemburi kesenangan manusia lain.
NUKILAN : Zaman_94
LIKU-LIKU INSAN BERDOSA
Aku memang tidak berguna,
Aku sering menyusahkan keluarga ku,
Sebab ingin merasai kebebasan,
Seperti remaja yang kurang didikan agama.
Menipu itu manisan mulut buat ku,
Membenci itu sajian lazat buat ku.
Tika malam aku berkeliaran,
Ketika siang aku berpacaran,
Pabila gelap lambaian syaitan bermaharajalela,
Andainya terang ku manjakan kelopak mata ku.
Aku lupa segala-galanya,
Tidak menghirau apa jua halangan,
Kulanggar tanpa ada penyesalan,
Kutempuh tanpa ada kerisauan.
Aku tidak sedar,
Akar kejahilan merantai tubuh ku,
Nafsu serakah menjadi temank ku.
Kalau aku dapat mengubah segalanya,
Agar segalanya dapat ku ubah,
Menebas segala dedaun dosa,
Menebang segala pohon maksiat,
Untuk ku semai benih kebaikan,
Ku siram budi dan bahasa,
Menyuburkan segala kemanusiaan di jiwa.
Walau aku tahu,
Waktu tidak akan berputar,
Haiwan hidup akan mati menjadi bangkai,
Mengukir segala memori manusia,
Tiada tinggal semua dibaham,
Tiap darjah mengukur kesabaran,
Agar watan menjadi cemerlang,
Agar watan menjadi cemerlang,
Agar watan menjadi cemerlang.
NUKILAN : Zaman_94
Tiada ulasan:
Catat Ulasan