Isnin, 30 Disember 2013

MEMORI 1 JANUARY 2013...

salam semua...
BISMILLAH ...
aku masih ingat kisah tahun ini...
terlalu banyak memori yang sukar kulupakan...
ya...
walau aku sudah melukakan hati seseorang...
tapi...
aku masih mencintainya....
biar jauh beribu batu kami terpisah...'
selama sebulan tidak putus hubungan...
angkara tersilap kata...
bukan kupinta keluar dari mulutku...
mungkin cuba bergurau...
tapi memakan diri ku sendiri...
ya...
tanggal 31 disember 2012..
tarikh lahir ku menjelma...
umur mencecah 18 tahun...
keluar dari kepompong alam kanak-kanak..
jika melakukan jenayah...
juvana tidak mengambil berat...
penjara pudu menanti menyerang,,,
aku perlu tahu itu semua....
selepas jam 11:59:59 malam ...
tepat jam 12 tengah malam...
tarikh berubah,,,
tahun bersilih ganti...
2012 menjadi 2013....
sebuah memori indah tercipta....
ku lafazkan 3 perkataan ...
yang sering dilafazkan...
kepada pasangan kekasih....
kepada seorang wanita berasal dari SELANGOR...
AKU pula berasal dari W.P LABUAN...
JAUH BERBEDA...
TARAF MAHUPUN PENDIDIKAN...
NAMUN KERNA SAYANG,,,
KAMI BERSATU...
MUNGKIN SILAP KATA..
CUBA BERMADAH BERSAMANYA...
CUBA MEMBUAT SATU LAWAK...
TAPI AKU MENJADI BISU ...
BILA IA KATA... KITA LEBIH BAGUS MENJADI KAWAN,...
HATI PUNAH..
WALAU MUNGKIN ITU SATU SURATAN..
AKU PASRAH...
KINI AKU MENANGIS...'
RUPANYA DIA PUN MENANGIS./..
'SELAMA SETAHUN CINTA TIDAK PUDAR...
MAKIN KUAT DAn MAKIN KUAT,,,
HARAP DIA MASIH SAYANG PADAKU...
JODOH DITANGAN TUHAN...
MOGA KAMI BERTEMU SEMULA...
MOGA IA TERBACA PAPARAN DI MUKA BUKU..
YANG AKU TERSALAH KATA..
DAN MASIH MENCINTAINYA... :3
:'(


SAYANG YANA  ... :)

Khamis, 12 Disember 2013

KoLekSi SaJaK zAmAN

KEALPAAN NAK WATAN

Cukup nak watan,
Aku tak sanggup melihat keretakan ini,
Hilang semua yang dimiliki,
Entah dimana ia pergi,
Angkara jajahan minda,
 Budaya bangsa condong ke barat.

Imbaslah kembali nak watan,
Sebelum kemerdekaan dicapai,
Berpusu-pusu rakyat yang berjuang,
Demi menegakkan budaya bangsa,
Demi melahirkan kemerdekaan negara.

Mengapa kini tiada berjuang,
Demi mempertahankan negara tercinta,
Agar warisan tidak tercalar,
Pertahan sarang dari serangan.

Kian melonjak wawasan negara,
Nak watan kini kian mengalpa,
amalan negara tidak diendah,
Kerana aman tiada peperangan,
Kerana perang sudah tiada,
Kerana perwira membawa kemerdekaaan.

Sedar atau tidak,
Setiap waktu telah dibuang,
Masa sengkang (waktu terluang)  tiada guna,
Angkara budaya condong ke barat,
Hilang semua identity perwira.

Bangunlah anak bumi Malaysia,
Kita kukuhkan teguh panji bangsa,
Kita semai sikap perpaduan,
Agar negara sentiasa merdeka,
Aman, makmur sejahtera.


NUKILAN : Zaman_94


CUKUP WAHAI PUJAAN WANITA 

Cukup wahai pujaan wanita,
Cukup dengan keangkuhanmu,
Jangan kamu nak berbicara,
Akan silap manusia yang dibenci.

Cukup sekadar kepalsuan hidupmu,
Jangan bertopeng syaitan,
Konon baik di hadapan manusia,
Namun buruk mencaci masyarakat.

Cukup sekadar bisikan syaitanmu,
Menjahanamkan insan teraniaya,
Yang tak tegah melihatmu hancur,
Tidak buat kamu dicaci,
Tidak hancurkan hidupmu di arena.

Harus sedar akan kelemahanmu,
Jangan anggap sebagai harimau,
Yang kuat si raja rimba,
Patut ingat dirimu semut,
Yang sedar hidupmu lemah,
Namun punya kuasa hebat.

Cukup wahai pujaan wanita,
Cukup dengan keayuan tipuanmu,
Kerna waktu terus berputar,
Pasti hidup bakal merana,
Seperti manusia yang engkau bencikan.


NUKILAN : Zaman_94


AKU SEDAR

Hari ini,
Pelbagai ragam telah difilem,
Walau hanya menggunakan mata,
Pelbagai coretan hidup telah menemani,
Walau sedetik waktu menjadi sandaran.

Semalam,
Dugaan mendatang tanpa diundang,
Melangkah ke satu tempat ke satu tempat,
Tidak jemu bersamaku,
Masa dinanti temui jawapan.

Aku sedar semua ini,
Walau hanya sekelip mata,
Waktu berputar tinggalkan kita.

Aku sedar semua ini,
Adakala di atas,
Adakala di bawah,
Menanti nasib entah bentuknya.             

Usia remaja bakal ku tinggalkan,
Mencari teman baru,
Kongsikan pengalaman dunia,
Tika ku besar ceburi nasib di luar sana.

Walau apapun,
Cuma menanti nasib menemani waktu,
Yang bakal ku tempuhi,
Untuk meneruskan hidup.

NUKILAN : Zaman _94


KEDINGINAN MALAM

Sayu dan sepi,
Tanpa kicauan burung,
Keriuhan kanak-kanak bermain,
Kebingitan bunyian kenderaan di jalanan,
Mahupun sinaran mentari menerangi alam.

Gelap dan gelita,
Menemaniku tanpa keinginan,
Sambil diterangi kerlipan bintang di angkasa,
Serta pantulan cahaya bulan ,
Membantu manusia melihat sekeliling alam.

Pernah sekali,
Aku cuba berfikir,
Mengapa malam pasti mendatang,
Siang menjauh tinggalkan alam?
Mana matahari yang sering menemani
Menyinar angkasa di seantero dunia?

Beberapa ketika mahupun detik,
Akal bergerak pantas,
Mencari jawapan pebagai  soalan.

Malam,
Tanpanya pasti akan lemah manusia,
Tiada waktu untuk berehat,
Tiada waktu untuk beribadat,
Tiada waktu untuk berkongsi suka dan duka.

Namun,
Ada juga mkhluk yang bakal bergerak aktif,
Mencari mangsa di setiap tempat,
Untuk meneruskan kehidupan,
Yang penuh onak dan liku kehidupan yang berduri.

Tanpa malam,
Hidup sentiasa berada dalam kepompong kebingungan,
Tiada aturan hidup yang seragam,
Kerna malam membersihkan setiap kepahitan kehidupan,
Mimpi mendatang sedia bertempur,
Menanti esok tiba,

Dugaan menjelma mampu atasi,

Nukilan : Zaman_94


KEHIDUPAN

Tangisan tidak berguna lagi,
Pengorbanan bakal menjadi sia-sia.

Waktu terus berputar,
Meninggalkan setiap detik kehidupan,
Sama ada,
Manis atau pahit,
Suka atau duka,
Gembira atau sedih,
Riang atau pilu.

Sejak dahulu lagi,
Usaha tonggak ke arah kejayaan,
Keletihan pemangkin ke arah kecemerlangan.

Tanpa mengira miskin atau kaya,
Tanpa memandang warna kulit hitam atau putih,
Tanpa melihat bangsa yang wujud pelbagai.

Pengalaman mematangkan fikiran,
Menjadi perwira di masa hadapan.

Sedar atau tidak,
Hanya tawakal dan doa,
Serta usaha pencetus kecemerlangan.

Walau dibadai ombak tsunami,
Ilmu di dada takkan hilang,
Hingga jasad terbaring di tanah,
Walau waktu silih berganti.

NUKILAN : Zaman_94 


KEHANCURAN TAMADUN

Mengapa dunia ini semakin hancur?
Mengapa nafsu semakin menguasai diri?
Mengapa ihsan manusia semakin pudar?
Mengapa watan semakin dijajah barat?

Aku sering melihat kemusnahan tamadun ,
Keluargaku sering melihat kehancuran alam,
Dunia sering melihat pengorbanan nyawa,
Mengapa dan mengapa dan mengapa?
Siapa yang menjadi dalang dan
Siapa yang akan mengikutnya?


Ketika kanak-kanak sedang menikmati
Kecerian hidup,
“Boom! Boom! Boom!”
Bunyian bom menghantui hidupnya,
Kehilangan keluarga menusuk di  kalbunya ,
Teriakan manusia yang tidak berdosa
Membingit di telinga kanan dan kirinya,
“Ya allah, tolong kami ya Allah”

Apa guna berlari-lari
Menyelamatkan diri
Kalau hanya sekejap sahaja,
Bagai kijang dikejar harimau
akhirnya menjadi santapan malam.

Siang diburu manusia yang dahagakan darah,
Malam diburu ketakutan ,
Bom ditabur merata tempat,
Bila lagi waktu yang aman?
Dimana lagi tempat yang selamat?

Tidak pernah sekalipun
Manusia melihat daun yang melambai,
Atau suara angin yang sangat merdu.

Mengapa dan mengapa dan mengapa?
Kerana ketamakan manusia yang haloba,
Sanggup melihat makhluk sejenis sengsara,
Ingin kuasa dan harta dunia,
Hilang sejarah hilang ketamadunan.

Zaman yang semakin bertukar musim,
Hanya mampu melihat kesengsaraan manusia,
Bila lagi keamanan dan keharmonian,
Mencorak hidup manusia ,
Yang mecemburi kesenangan manusia lain.


NUKILAN : Zaman_94


LIKU-LIKU INSAN BERDOSA

Aku memang tidak berguna,
Aku sering menyusahkan keluarga ku,
Sebab ingin merasai kebebasan,
Seperti remaja yang kurang didikan agama.

Menipu itu manisan mulut buat ku,
Membenci itu sajian lazat buat ku.

Tika malam aku berkeliaran,
Ketika siang aku berpacaran,
Pabila gelap lambaian syaitan bermaharajalela,
Andainya terang ku manjakan kelopak mata ku.

Aku lupa segala-galanya,
Tidak menghirau apa jua halangan,
Kulanggar tanpa ada penyesalan,
Kutempuh tanpa ada kerisauan.

Aku tidak sedar,
Akar kejahilan merantai tubuh ku,
Nafsu serakah menjadi temank ku.

Kalau aku dapat mengubah segalanya,
Agar segalanya dapat ku ubah,
Menebas segala dedaun dosa,
Menebang segala pohon maksiat,
Untuk ku semai benih kebaikan,
Ku siram budi dan bahasa,
Menyuburkan segala kemanusiaan di jiwa.

Walau aku tahu,
Waktu tidak akan berputar,
Haiwan hidup akan mati menjadi bangkai,
Mengukir segala memori manusia,
Tiada tinggal semua dibaham,
Tiap darjah mengukur kesabaran,
Agar watan menjadi cemerlang,
Agar watan menjadi cemerlang,
Agar watan menjadi cemerlang.

NUKILAN : Zaman_94

UnO Vs FaMiLy

asalammualaikum semua... chewa... mcm banyak ja pembacakan... hahaha... sedangkan... berapa orang ja yang baca blog Zaman nie... hahahah..... :) ^^
ok... hari nie... memang Zaman penat bergelak ketawa bersama keluarga... hari nie kitorang main UNO... fuyoooo....... memang seronok giler... hahaha....
ah, permainan nie akan lebih seronok andai kata kita bermain lebih dari 3 oranf tau... tapi cukup 3 orang pun dah best... kalo main 2 orang????? Zaman tak rasa benda nie sronok.... permainan nie memang mengeratkan silaturahhim beb.....
awalnya,,,, kami cuma bermain sekejap saja... selepas tue makan malam... biasa la.,... keluarga besar..... maksudnya banyak ahli keluarga.....
lepas tue kami sambung main UNO nie jam 10 malam... sehingga lah jam 2 pagi... hahhaha.. x sedar masa tue berlalu bro....
last2... tinggal 3 orang ja main... aku, abang aku dan bapa aku (aku call abah ) .... awalnya bapa aku dapat 4 menang , aku 4 menang dan abangku 6 menang... pastu kami tetapkan 9 menang ...
lawan punya lawan... aku dapat 5, abangku 7 dan bapa ku 8... fulamak... aku ingat bapak aku akan menang... pastu... abang ku mengejar...
last2... dah penat sgt ... terlalu penat... masa tue abang ku 8 menang, bapaku 8 menang dan aku masih tetap 5 la..... hahaha...
tgok... dah penat benar,.... kad UNO DAH ABIS... kami main kirala... sapa yang paling sedikit kadnya dia menang... aku punya kad 7... bapaku 11 kad.,.. abangku 5 kad... so abangku menang lah,,,
dengan agregat.....

abangku - 9 menang
bapaku  - 8 menang
aku       - 5 menang

so... tipis  ja dia menang lawan bapaku... by the way... congratulation my brother.... :)
aku bagi kau satu lagu...






macam.,,, harap terhibur ya bang... hahaha... tahniah2...
ok... semua dah tidur... skang jam 2.31 pagi... anjing dah menyalak... its time tue watch... running man ep 174... korang nak lihat juga... ok2....

ada nie link di bawah... so... watch it... :)
but... ini just raw keluar setiap ahad.... kalo nak lihat selongkar kat blog nie... ada tue eng sub... selalunya keluar tuesday eng subnya...
http://runmanclub.net/rc/running-man-episode-174-raw.html





ok... slamat malam....

ok... dibawah nie ada gambar family aku... not semua la... seorang tgh kerja.... tahun 2012.... masa nie blum byk kahwin dan keja jauh dari W.P LABUAN.... but taun nie... ada yang tinggal jauh sikit ngan keluarga sebab dah kahwin... and ada kerja jauh... di semenanjung...
bawah nie... gambar my mum and dad dan adik-beradik... serta 5 orang anak buah/.... :)


AbOUt sCHooL 2013 sTpM

Salam semua… ALLAH MAHA BESAR. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH…
sekarang nie… Zaman dah lepas 3 beban yang sangat berat. Walau bagaimanapun, Zaman perlu menempuhi dua beban lagi dalam STPM penggal 3. Ya Allah bantulah Zaman… Skang nie… Zaman baru ja lepas abis exam Pengajian am, sastera and baha melayu… tomorrow kena ambik 2 lagi iaitu eko and sejarah…. Woow… subjek kiler  nie… hahahah… bagi Zaman la…. Zaman harap agar Zaman dpt keputusan cemerlang penggal 3… Aminnnnn…
Skang nie memang agak susah nak dpt keputusan cemerlang… sebab kebanyakan soalannya aras tinggi… aduh.. mcm mana nak dpt keputusan cemerlang nie… harap2 dapat kasi meletop result Zaman bagi keseluruhan… hahahahah

Ok la zaman nak sambung belajar lu… pecutan terakhir…hahahaha… k… assalammualaikum…..
k la... bawah nie gambar Zaman and kwn2 Zaman with teacher... hahahaha



BoWliNq AnD pIDatO



salam kwn2... hahaha... ini bru lawak... nak dgr citer Zaman.... semalam Zaman men bowling ngan kwn2... memang favourite Zaman kalo men Bowling  nie... ttpi... kalo korang fikirla... ada x org yang hebat men bowling ??? memang betul ada kan... ttpi adakah kalo orng men bowling but pin bowling tue x kena pun... kot2nya... jadi spare.... Alhamdulillah... x percaya kami... bole2 bola bowling tue masuk kat longkang banyak kali but still kami semua bole dpt spare... punya banggalah sgt... bek2 org mau men dgn have fun ... but jadi begini...hahahaha.... lawak2...

Zaman  - 174
kwn zaman :-
syafiq Abindi - 159
Hafizuddin - 138

siapa yang tak terkejut... selalunya kitorang men cuma dpt 120 ke bawah or 130 ke bawah,.... tgok2.. semua kami dpt 130 ke atas... giler ko tak hebat///// beruk2 di hutan pun pasti trkejut... hahahahhaa

by the way kita lupakan pasal bowling.... Zaman cuma nak ucapkan tahniah kepada 4 orang cikgu Zaman kerna dpt masuk final pidato pelancongan di W.P labuan semalam....

keputusan lelaki - cikgu Zaman dpt no. 2 dan no.3...
Cikgu Ahmad Radzi dari SMK Lajau dpt no. 2
cikgu Yahya dri SM. Sains dpt no.3

keputusan Wanita- dua2 masuk final and seorang dpt no.5
cikgu Siti Suhila  dari SMK Lajau dpt no.5


tengah - cikgu Yahya
yang x pakai baju blazer tue - cikgu Radzi...
kedua2 memang hebat,,,,

congrate... i'm proud with my teacher

k la.... zaman cau lu....

PEngAlaMAn PIdAtO

salam semua... just nak share video pidato Zaman ja... hehehehhee....
Zaman nak citer sikitla...
zaman tak pandai berpidato...
mula-mula Zaman berpidato adalah pada taun lalu iaitu tingkatan 6 penggal 1 (pertengahan bulan).
masa tu, Zaman ikut Pidato PNB peringkat negeri. Zaman cuma dapat tempat kedua. memang senang nak menang sebab cuma tiga buah sekolah ja ambi bahagian. so, Zaman tempat kedua (SMK LAJAU) dan kwn Zaman seorang lagi pertama dari sekolah SMK LABUAN. tempat ketiga pulak diambil oleh kawan Zaman dari SMK PANTAI. sekang kawan Zaman dari smk pantai sambung belajar kat sekolah SMK LAJAU. tempat Zaman belajar skang. K... KALO NAK LIAT VIDEO KITORANG... ADA LINK KAT BAWAH... TETAPI CUMA JOHAN DAN NAIB JOHAN... PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) YANG SEDIAKAN VIDEO NIE... HEHEHE

agak susah nak upload video.. so Zaman bagi link ja la...

http://www.youtube.com/watch?v=hLAfHurbgNs - johan peringkat negeri WP Labuan

http://www.youtube.com/watch?v=XwCz0wFz0C8 - naib johan peringkat negeri WP Labuan


so.. kedua-dua kami wakil wp labuan ke peringkat kebangsaan... di JOHOR...
masuk semi final
30 orang dari seluruh negeri ikut pertandingan Pidato PNB ini...
10 orang akan masuk ke final....

daripada 30 orang, Zaman salah seorang yang dapat masuk final... kawan Zaman yang johan tue tak dpt sebab banyak saingan... Rezeki Zaman dapat masuk final... sebebnarnya kawan zaman seorang tue lagi hebat... tpi juri pilih Zaman....

nak tengok video Zaman masa  final... dah.. tgok la....
tpi masa nie Zaman x wat betul2 sebb gemuruh pertama kali masuk final dan pergi kebangsaan .. zaman bukan seorang pelajar yang suka pidato./.. tetapi akhirnya Zaman dapat jua merasa pertandingan akhir pidato peringkat kebangsaan...hehehehe


sori zaman  pandai sangat berpidato...

by the way,.... masa semifinal,.. zaman buat terbaik... zaman antara yang hebat masa tue... bolehlah dikatakan top 10...hehehe... sebb cikgu Zaman terkejut masa Zaman berpidato semi final... sebb seronok... but dia kurang suka Zaman berpidato final sebb x seronok dan sangat terikut cara berbahas.... hehehehe
cikgu Zaman ialah Ahmad Radzi... guru smk lajau yang muda ...hehehehehee

pas tue... Zaman teruskan pidato Zaman ... sampai skang.. Zaman ada ikut pidato Jabatan Penerangan peringkat negeri .... but Zaman kalah sebab masa Zaman kurang dari 12 minit... ikutkan Zaman dapat JOHAN but jadi NAIB JOHAN sebb masa ZAMAN bawa 12 minit... sayang seribu sayang.....

nak tgok gambar piala iringan Zaman... ok.. Zaman share
piala iringan saguhati pidato PNB peringkat kebangsaan (10 TERBAIK) 2012

ketiga  NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI pidato PENERANGAN peringkat W.P Labuan 2013

ok... zaman cau lu... nti kalo ada yang nak di share.. nti Zaman share... hehehehe...
ZAMAN BARU IKUT 2 PERTANDINGAN PIDATO...HEHEHEHE.. BELUM ARIF LAGI DALAM AKTIVITI PIDATO NIE... HEHEHEHE

SaTE is deLIcIOUES (2013)

ok.. Zaman nak share sikit sal citer Zaman... semalam (30 october ) zaman dan kwn Zaman ( Azirul Azwan) belanja kawan kitorng.... hahahha... tapi yang pastinya./... cuma belanja makan sate ja... di pancur hitam ./.... gerai kwn lama Zaman... Syarifah Syuhada ( wada) ... memang sangat sedap satenya... rugi kalo x rasa... murah lagi.. just rm 0.60 sebatang... sgt susah cri ni kat w.p labuan. bye the way... Zaman dan kwn zaman tue belanja sate ja and minuman mereka beli sendiri selain 3 wanita yang ikut... semuanya cntik2 belaka... hahaha...
ok... zaman nak citer nie... Zaman dan 11 orang rakan Zaman pi sana tuk release tension ja... memang have fun.... tetapi sebelum pi sana... zaman ada problem... ada org sabotaj Zaman.... my motor x dpt bergerak... gear kena matikan... hahaha... susah betul kalo ada org benci kita... sedangkan zaman x pernah kacau org.... entah la... ia berlaku after Zaman got many Award in anugerah cemerlang... ah... tah perlu nak panjang lebarlah....
masa di sana, kami bergambar... teriak2, and bermain... hahaha... memang have fun... eh!!!! susah zaman nak sharekan perasaan zaman nie... so... ini antara gambar yang kami tag di sana.,...








gambar ini kwn saya wat/// kami ambi gambar panorama... mcm ... cntikkan !!!! dia memang berbakat dalam multimedia and grafik... x sia2 ada kwn cam diorang... Hafizuddin Saihin


antara dua wanita dari tiga wanita yang ikut,.... sorang tue suka gambar ramai2 baru ikut


masa berseronok


ini dia time makan... memang sedap satenya... cmpur abc lagi... fuyooooo!!!!



kalo Zaman dpt bawa semua.. kan baguys.... ahahha... bah... sampai sini zaman nak share... hehehehehe